Monday, April 20, 2009

K.A.W.A.N!!!


Sepanjang perjalanan hidup kita sebagai seorang manusia, kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikategorkan kepada tiga kumpulan: Kenalan, Kawan dan Sahabat.

1) Kenalan (Known): Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka, namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai atau Hello" lalu berjabat tangan dan bersoal-jawab beberapa soalan dan meminta diri. "Bah, minta maaf, saya ada urusan. Sampai jumpa lagi. Ok, bye..." Pendek kata, kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekian lama. Kerana mereka tidak mempengaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mahu cepat-cepat pergi saja dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alasan “sudah makan” atau "baru juga makan dan minum ni." Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat

2) Kawan (Companions): Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama-sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Di masa-masa tersebut kita rapat sekali, tetapi bila sudah tamat sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" sudah. Walau bagaimana pun kalau terjumpa di kedai atau di mana-mana pasti panjang cerita. Di samping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata, jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjumpa pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita.

3) Sahabat (Friends): Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tidak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah, merekalah yang kita akan cari dan mereka juga sedia membantu dengan hati yang terbuka. Jika ada majlis keramaian seperti perkahwinan, mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemu namun sekurang-kurangnya ada beberapa kali bertemu di dalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan. Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend."

Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita ini. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimanapun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya, maka kita ada kewajipan untuk membukitkan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya. Tuhan Memberkati!!!

Sunday, April 19, 2009

ANJING/ ASU!!!

Saya ada tiga ekor anjing garang yang saya pungut dekat dengan Hospital Berunggis sana Tuaran. Saya rasa anjing ini dibuang oleh tuanya, tapi dalam hal ini saya tidak persalahkan sesiapa, mungkin juga mereka tidak dapat menerima hakikat yang anjing ini bukan macam binatang lain. Dan sekarang anjing ini saya pelihara dan saya kasi namakan mereka seperti ini, yang pertama namanya SAN, yang kedua nama dia,TUT .. dan yang ketiga nama dia SAYABAU, jadi kalau kamu mau pangil anjing ini sekaligus tanpa buang banyak suara , panggil saja "SANTUTSAYABAU". pasti anjing-anjing ni datang. Sekarang ini, sedang kursus macam mana makan macam anjing.Sebab dorang makan mcm manusia. Kalau kamu jumpa diorang ini jalan-jalan di bawakulung, jangan kamurang senyum atau ketawa nanti durang tersinggung. Semoga anjing ini akan tukar agama nanti....hikhikhik!!!

lOvE...


Tadi sewaktu saya jalan2 mencari ketenangan nyawa, saya terkejut melihat dua ekor binatang sedang bersinta. Yang saya tidak fahamkan walaupun durang ini berlainan bangsa dan agama, masih lagi dapat berkongsikan kehidupan. Manusia pula pandang setiap kelemahan dan saling memperkecilkan satu sama lain. Ada sj yg tdk kena. Bagi manusia, kesempurnaan itu satu kemestian. Tiada cinta kasih d dlm diri dan hidup mereka. Untuk kahwin pn agama itu mesti d pandang. Cuba kalu tidak kena pandang, bahagia sdh semua org. Jodoh d tangan Tuhan. Bkn manusia. Manusia tiada hak utk menceraikan siapa2... Kalu sdh jodoh yg Tuhan tetapkan, apa hak kau sbg manusia utk kasi cerai?? dan apa hak kau utk menghalang drpg org tu bercinta?? Pikir sendiri tu jawapan...

Saturday, April 18, 2009

Cuba Kau Tinguk Bah...


Cuba kau tingu bah ni orang yang berprikebinatangan. Binatang pingsan pun dia kasih selamat. Kalau ada 9 lagi macam dia di dunia ni kan, pasti dunia kita aman. Bagi kamu yang memandu kereta berhati-hatilah. Tingu-tingu tu jalan raya mana tau ada binatang mau limpas. Cuba kamu yang jadi binatang kena langar macam ini gambar. Apa kau rasa??Oren... Bertobatlah dan berhati-hatilah di jalan raya manalah tau ada binatang atau manusia mau limpas. Dunia ini kita kongsikan bersama. Ingat tu tau!!!

Thursday, April 16, 2009

Kam... Bing...

Cuba kau tinguk ni kambing, walaupun dia binatang ada masa juga dia senyum kambing. Manusia pula selalu jual mahal, sampai senyuman pun susah mau di kasih free. Kadang-kadangkan menusia jual mahal sampai senyuman pun naik harga.Mungkin Sbb kegawatan ekonomi sekarang manusia jd tamaha. Maka dari itu senyum-senyumlah selalu , sbb bila kita senyum kepada orang lain, kita memberi sesuatu yang bernilai yang kau tidak buli beli di kadai. Kau mau tau apa itu...???
Fikir sendiri tu jawapan....senyumanlah kio...

HEHEHE!!! JGN MARAH KIO MANUK...

Baru-baru ini saya terkejut dan terperanjat dan hampir jantung saya berhenti bernafas apabila ayam yang saya mau babi Q kelihatan kesiokan mandi air. Yang saya tidak dapat terima kenyataan adalah durang ini enjoy kena masak sebab durang bilang kebudayaan ayam adalah hidup untuk di masak bukan hidup untuk mati. Saya sangat tersentuh dengan sikap durang ini yang ada sikap kesiokan sebelum di masak.hehehe...

HAHAHA!!! LAWAK!!!

Yang kemarin bisuk sy ada pelihara anjing bah di rumah saaana Tuaran... Sy kasi nama dia "birdy" sbb dia telampau suka main burung. Jd sy pilih la tu nama utk anjing sy. Smpai kadang-kadang dia lupa yg dia tu anjing. Pada satu hari lepas sy pulang dari kedai, notigok my heart dan terperanjat besar apabila melihat perubahanya yang tersangat luar biasa. Selalunya dia menyalak apabila jumpa sy, tapi tu pagi dia berkicauan macam burung. Saya tidak paham kenapa ini harus terjadi. Kalau kamu mau piara ini anjing kasi tau sy sbb saya boring dan bosan sudah dengan sikapnya yang macam burung!!!

NOKUROH BOH TI!!!

Kenapa dan Mengapa?!

Untuk Laki Bini!!!


1: Kenapa ya?? Kalau dulu sebelum kahwin lelaki @ boyfriend sanggup menunggu si girlfriendnya berjam-jam di saloon untuk "set rambut", cuci rambut, keriting rambut dan mcm-mcm lagi lah. Kalu kena tanya,"Bby,bby tdk bosan kah tunggu bbe??" "Ahh...tidakla..." jawapnya dengan senyuman yang sampai telinga sdh. Tapi...bila dah kahwin, isteri minta teman ke salon:"Puii!!! Pergi sendiri bah.Ada kaki ada tangan jln sendiri lah. Kalau kau pergi saloon sampai kucing bertanduk pun belum lg siap!" Kini sudah kurang sabar malah banyak kali hilang kesabaran...Mengapa ya?

2: Wahh...sebelum kahwin kekasih, pujaan hati se ntiasa di panggil dengan mesra dan dengan nada manja sehingga rasa-rasanya macam berjalan di atas awan! Telinga pun kembang dan bulu roma pun berdiri bah!:"Darling... Oh...darling..."," Bang....Oh...bang...".hehehe...Tapi bila sdh kahwin, panggil isteri/suami dengan manja pun macam malu-malu sudah( tu kemaluan tambah besar kali...hehehe). Dan syukurlah kalau kena panggil "Darling" sekali setahun. Untung lagi itu ayam kena panggil bagus-bagus! Ya...respect atau rasa hormat semakin hari semakin luntur. Patutlah hidup dengan pasangan semakin membosankan! Dan...mulalah berfikir yang bukan-bukan,"Kenapa la saya kahwin dengan si gontua nii?"

3: Dulukan... sebelum kahwin bukan main jaga badan dan pakai "make-up". Tapi, kenapa ya??...Sdh kahwin malas pula ber"make-up". Kadang-kadang tu merah juga tu bibir tapi bukan kerana gincu tapi gara-gara makan sirih! Dan lelaki pula macam bunting. Besar perut!!! Boroi!!!Ya....kini kecantikan tidak lagi dijaga. Patutlah mata mula merasa "gatal" bila nampak yang lain!

4: Wah.bila dikenang masa lalu terutama sekali sebelum kahwin. Atukkkkkkkk Oiiiii! Bukan main romantik lagi. Tapi, sekarang sdh ada anak, kira-kira mau tunjukkan keromantikan bukan kena sambut dengan baik. Kena marah pula: "Apa nii??!! Sdh tua pun buang tabiat!" Ya... kini kemesraan dan kasih-sayang semakin pudar. Patutlah rasa macam mau bercerai saja(perasaan kau saja bah tu)! Tapi tdk juga berani bercerai. Hehe...masi ada cinta kasih mah...dan masi ingat Tuhan mah!( Padahal,tdk mau bercerai sbb sdh tua. Nanti cari yang baru susah lagi. Takut tdk laku, maklumlah sdh tua bah !)

5:Wah...semasa anak pertama lahir kegembiraan begitu jelas terukir di muka suami isteri... "Wah!!! Mata dia macam kau ohh...dan hidung dia macam saya punyalah... Wah!!! comel dan kiutnya anak kita! " Suasana ini diiringi dengan gelak-ketawa tanda kemesraan dan kebahagian suami-isteri. Tapi sekarang..."Nah!!!Tu anak kau!!! Keturunan kau!!! Tiada guna!!! Palui butul2!!! "

Kenapa dan mengapakah semua perkara ini terjadi setelah berkahwin? Mengapa? Oh! Kenapa?! Jawapanya...kerana masing-masing lupa bahawa tujuan utama untuk perkahwinan adalah untuk saling mencintai dan hidup bahagia di dalam nama Tuhan. Sebab itu, kekalkanlah kasih sayang dan keromantikan dan kuatkan iman kepada Tuhan. Jangan biarkan kemesraan dan keromantikan bersama itu luntur dan pudar pelahan-lahan. Bangkitlah dan kembalilah seperti dulu. Kembalikan cara bercinta seperti dulu iaitu sebelum berkahwin. Pasti kamu romantik dan bahagia lagi...

Taken & edited from:-
Fr Erik Jerome's blog,
http://pjerome.blogspot.com/

Friday, April 10, 2009

Me & My Fiancee



I LOVE THIS GIRL SO MUCH!!!



Thank you for everything... & I will never forget the happiness you bring to my life...

Thursday, April 9, 2009

Minggu Terakhir Belajar!!!

Ni minggu terakhir belajar. Minggu depan masuk study week. Pas tu mula sdh exam week. Hehehe... Cpt sngt sem ni berlalu. Sngt2 cpt. 4 bulan sj. Dlm masa 4 bln ni, mcm tiada apa2 yg sy dpt. Ntah apahal dgn sy sem ni. Mayb sbb course sy ni kali sy tdk minat. Tdk apa. Sy harap ni last sem sy d sini... I HATE THIS FUCKING PLACE!!!...
Esok pula Good Friday. tp semenanjung manada cuti. Damn btul. K la. Ada test ni mlm. Pg jln2 dulu baru blajar.

Saturday, April 4, 2009

NI ORANG TAGAP UMP!!!


Ni 6 org tagap UMP... Hahaha... Actually, they all were my best friends here in UMP. Bah, kalu mau berpukul, kamu pukul la tu yg d tengah-tengah sama yang senyum d tepi sebelah kanan. Tapi yang paling kuat tu yang paling kurus sana belakang. Tu yg ngam kena pukul sebab tlmpau kuat sdh dia bilang. hahahaha... Gurau sj. Kalu kamu mau pukul pn,ssh jg mau cari dorang sana Sarawak sbb lain-lain bahagian semua. Hahaha... Sdhla Sarawak tu besar.
Exam dekat sdh. K guys, Study Bgus2... gud luck...