Hi. Nung habar nu ambalut!!! Saya mau kasih kongsi pengalaman saya yang sudah belajar di semenanjung Malaysia sudah hampir setahun. Dalam setahun ini, banyak pengalaman yang berbeza saya dapat.
Di semenanjung, terdapat bnyak jurang yang memisahkan antara agama (Islam, Kristian, Buddha & Hindu). Terdapat juga jurang di antara perbezaan jantina (lelaki & perempuan). Dari segi pergaulan dan kerja berkumpulan juga, menjadi satu masalah di sini. Lelaki dan perempuan sukar untuk membuat kerja bersama. Mereka lebih suka bekerja dengan rakan yg sama jantina. Tiga kaum yang terbesar di Malaysia, Melayu, Cina , dan India, susah untuk bergaul diantara mereka. Sebagai contoh, apabila waktu makan tengahari, mereka makan bersama kaum sesama mereka. Amatlah berbeza dengan Borneo.
Di Borneo, kita lagi mempunyai ramai kaum, bezanya kita dikenali sebagai minoriti kerana bilangannya tdk la seramai tiga kaum terbesar di Malaysia. Tetapi kita masih boleh duduk semeja makan. Kerja berkumpulan juga tidaklah sukar kerana lelaki dan perempuan mudah bekerja bersama. Hal sedemikian kerana tidak wujud jurang diantara lelaki dan perempuan.
Hidup ini sentiasa indah bah!
8 years ago
No comments:
Post a Comment